PENDUDUK kawasan Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur yang telah menunggu sekian lama untuk menjalankan aktiviti rekreasi dan kekeluargaan di Taman Tasik Sri Rampai hampa kerana taman itu masih belum boleh digunakan.
Bukan sahaja penduduk, kalangan peniaga juga mendakwa sejak taman itu ditutup untuk naik taraf, perniagaan mereka turut terjejas.
Utusan Malaysia difahamkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memulakan kerja-kerja menaik taraf taman tasik itu bermula 20 Ogos 2018 dan sepatutnya siap serta dibuka kepada orang ramai pada 26 Mei lepas, berdasarkan papan tanda projek itu.
Dakwa mereka kerja-kerja naik taraf itu sudah tertangguh sehingga sebulan dan status mengenai projek itu terus menimbulkan tanda tanya mereka.
Ikuti luahan penduduk dan peniaga berhampiran yang mahu DBKL menyegerakan kerja-kerja naik taraf satu-satunya taman rekreasi di kawasan itu dalam Utusan Malaysia edisi cetak esok-UTUSAN ONLINE.











