Anwar akui PKR sedikit terjejas ekoran isu video lucah - Utusan Malaysia

Anwar akui PKR sedikit terjejas ekoran isu video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui parti itu sedikit terjejas ekoran isu penyebaran video intim yang dikaitkan dengan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, walaupun ada desakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu meletakkan jawatan, parti itu tetap dengan pendirian untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa bagi membuat siasatan.

“NGO boleh bangkitkan hujah, kita tak pertikai hak sesiapa suarakan pandangan. Tetapi kita hormati proses siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apakah ia menjejaskan parti? Ya, ada sedikit kerana dia bangkitkan persoalan. Tetapi saya tengok pimpinan parti mantap dan taat kepada perjuangan dan parti.

“Tetapi kita tak akan menghukum sebelum kita dapat fakta dan sebelum ada siasatan. Tak wajar kita buat begitu dan pendirian kita masih kekal seperti pada awal dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Pertemuan Bersama Pimpinan Cabang-Cabang PKR Negeri Sembilan dan Melaka di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Presiden PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan.

Baru-baru ini beberapa NGO membuat laporan polis dan mendesak Mohamed Azmin yang dikaitkan dengan rakaman video seks sejenis bersama Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz meletakkan jawatan.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, dalam pertemuan dengan ahli-ahli PKR di seluruh negara, mereka melahirkan rasa prihatin dengan pendirian dan sikap parti terhadap tuduhan yang dibangkitkan Haziq.

“Di negeri-negeri yang saya hadir termasuk Sabah dan Sarawak saya lihat kehadiran mereka penuh, mereka masih bersemangat. Dari segi parti kita tolak budaya (fitnah) dan tolak perilaku sedemikian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini