Annuar tidak jadi bertanding - Utusan Malaysia

Annuar tidak jadi bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEREBUTAN jawatan No.1 Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Sabtu ini pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) badan induk itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru selepas bapa pembangunan bola sepak negeri itu, Tan Sri Annuar Musa membuat keputusan menarik diri.

Biarpun mendapat pencalonan dari ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ), namun tokoh ber­kenaan membuat keputusan untuk berundur.

Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, saingan tiga penjuru itu menyaksikan Pengerusi Parti Amanah Negara (Ama­nah) Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, ahli perniagaan, Datuk Seri Amril Aiman Ab. Aziz dan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berentap untuk merebut jawatan presiden.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi jawatan Timbalan Presiden, saingan tiga penjuru akan berlangsung antara saya, Muhammad Yusri Ismail dan Datuk Seri Mohd. Zumridi Tambi.

“Jawatan Naib Presiden juga tidak kurang hebat apabila enam calon menawarkan diri bagi merebut kedudukan No.3 dalam KAFA itu. Namun, hanya tiga individu yang akan dipilih mengisi jawatan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Affandi memberitahu, enam calon itu ialah Datuk Shaari Mat Hussain, Datuk Rowi Dollah, Prof. Dr. Zaliman Sauli, Hassan Hasbullah, Effendy Yahya dan Mohammad Affiq Kamaruzaman.

Sebelum ini, bekas pengurus sensasi The Red Warriors (TRW), Azman Ibrahim turut tercalon untuk bersaing mendapatkan jawatan tersebut tetapi membuat keputusan menarik diri bersama seorang lagi calon, Ahmad Muzakir Hamid.

Katanya, perebutan paling sengit dapat dilihat untuk jawatan ahli jawatankuasa eksekutif apabila seramai 27 calon menawarkan diri.

“Bagaimanapun, perwakilan hanya perlu memilih 10 orang ahli jawatankuasa eksekutif,” ujarnya.

EGM KAFA diadakan selepas Exco sebulat suara bersetuju menerima memorandum desakan daripada PBJ serta peletakan jawatan presiden sebelum ini, Bibi Ramjani Ilias Khan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini