Anggota polis trafik nyaris dirempuh pemandu mabuk - Utusan Malaysia

Anggota polis trafik nyaris dirempuh pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 6 Julai – Seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas melakukan sekatan jalan di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di Georgetown di sini hari ini nyaris maut apabila dirempuh seorang pemandu mabuk yang memandu sebuah kereta.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi, anggota polis berusia 43 tahun itu bagaimanapun terselamat kerana sempat menyelamatkan diri.

Pemandu kenderaan yang nyaris merempuh seorang anggota polis di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
Pemandu kenderaan yang nyaris merempuh seorang anggota polis di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Georgetown, Pulau Pinang ditahan polis.

Menurut sumber anggota polis yang bertugas di Balai Polis Jalan Patani itu, sedang membuat pemeriksaan di tengah lebuh raya berkenaan sebelum kereta Proton Perdana dipandu seorang lelaki yang datang dari arah Georgetown memecut laju ke arahnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, anggota polis itu bernasib baik apabila sempat mengelak dengan melompat ke kanan jalan lalu kereta itu terus merempuh besi penghadang jalan.

Akibat kejadian itu anggota polis berkenaan mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ekoran kejadian itu, polis telah menahan pemandu kenderaan tersebut untuk siasatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini