Anak syarikat UEM Edgenta raih kontrak di Singapura - Utusan Malaysia

Anak syarikat UEM Edgenta raih kontrak di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Anak syarikat UEM Edgenta Bhd., UEMS Solutions Pte. Ltd. meraih kontrak bernilai antara RM429.96 juta dan RM540.06 juta bagi penyediaan perkhidmatan sokongan hospital di Singapura.

UEM Edgenta dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, anak syarikat yang dimiliki sebanyak 97.46 peratus itu akan menyediakan antara lain perkhidmatan mengemas dan angkat barang kepada hospital yang disusun semula oleh Kementerian Kesihatan Singapura.

Katanya, nilai akhir kontrak itu tertakluk kepada sumber tenaga manusia sebenar digunakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tempoh kontrak itu dari tiga hingga lima tahun dengan pilihan lanjutan dua hingga lima tahun lagi. Tarikh kuat kuasa antara 1 April dan 1 Ogos tahun ini,” katanya di sini hari ini.

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini