KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu bersyukur kerana anaknya, Adam Musa, 2, selamat menjalani pembedahan jantung Glen Shunt Operation lewat petang semalam.
Menerusi kemas kini Instagram Story, Hunny memaklumkan pembedahan membetulkan sistem saraf pada jantung Adam berjalan lancar.
“Alhamdulillah, Adam selamat menjalani pembedahan yang berjalan selama empat jam.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Terima kasih atas semua doa yang anda kirimkan buat Adam, saya akan terus maklumkan keadaannya dari masa ke semasa,” tulisnya.
Adam, anak bongsu dari dua beradik yang dilahirkan pada Disember 2017 mempunyai masalah jantung Double Inlet Left Ventricle sejak bayi. – K! ONLINE









