Amirudin nafi hubungan dengan ADUN wanita - Utusan Malaysia

Amirudin nafi hubungan dengan ADUN wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR 10 Julai – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri wanita dari negeri ini.

Amirudin berkata, beliau telah berbincang dengan peguamnya dan akan mengambil tindakan sekiranya perlu.

Dakwaan itu dilaporkan timbul berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di sebuah hotel di Sandakan, Sabah pada 11 Mei lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya yakin saya tiada di lokasi yang dikaitkan dalam tuduhan itu, malah pada waktu itu saya berada di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sayangi Generasiku peringkat Kuala Selangor anjuran Pemadam di sini hari ini.

Amirudin berkata beliau tidak tahu mengapa beliau menjadi sasaran dan menegaskan beliau tidak pernah melakukan perkara di luar batasan.

Tuduhan itu, katanya, tidak memberi kesan kepadanya secara individu tetapi apa yang dirisaukan ialah ia seolah-olah sudah menjadi budaya untuk ‘membunuh’ seseorang melalui jalan fitnah.

Ditanya sama ada tuduhan itu dibuat ahli parti sendiri, Amirudin berkata beliau tidak pasti mengenai perkara itu. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini