Allah lebih menyayangi anak-anak saya - Utusan Malaysia

Allah lebih menyayangi anak-anak saya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR – “Allah lebih menyayangi anak-anak saya’.

Demikian kata ibu kepada dua kanak-kanak perempuan yang ditemukan mati lemas di dalam parit di Kampung Parit Bagan Tiang di sini semalam.

Norita Arshad, 41, berkata, walaupun sukar menerima hakikat kehilangan dua anak sekaligus, dia reda dengan pemergian anak-anaknya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum kejadian, dua beradik itu baru sahaja selesai mengaji al-Quran dengan jiran di sebelah rumah.

“Saya tak sangka mereka berdua pergi ke parit utama tidak jauh rumah dari kediaman kami, lebih kurang 500 meter.

“Saya reda dengan kehilangan mereka. Allah lebih sayangkan mereka,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian jenazah dua anaknya itu di Tanah Perkuburan Islam Sungai Megat Aris, Bagan Tiang pada kira-kira pukul 12 tengah hari.

Jenazah dua beradik itu dikebumikan dalam satu liang lahat.

Dalam kejadian semalam, penduduk kampung menemukan mayat dua beradik tiri iaitu Nur Ayuni Najatul Abdul Az Zahir, 8, dan Nur Anisa Najwa Mohd. Zaki, 10 dalam parit di Kampung Parit Bagan Tiang di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini