Aishah kembali dalam Jom Chat malam ini - Utusan Malaysia

Aishah kembali dalam Jom Chat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi Aishah akan kembali sebagai artis jemputan dalam segmen bual santai secara interaktif, Jom Chat pada pukul 9 malam di Facebook Utusan Online.

Jom Chat yang dapat ditonton secara langsung di Facebook Utusan Online dihoskan oleh Apak, berdurasi selama satu jam sahaja akan bertanya kepada Aishah tentang keputusan yang telah diputuskan oleh mahkamah berkaitan dengan tuntutan beliau daripada seorang usahawan kosmestik, Datuk Seri Vida.

Selain itu, hari ini, usahawan berkenaan juga dikatakan telah mengadakan satu sidang akhbar penyerahan barangan kemas dan berlian yang mana, apakah ia berkaitan dengan tuntutan Aishah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam masa yang sama, Aishah yang bakal mengadakan satu persembahan di negara jiran pada hujung minggu ini, akan memperincikan apakah persembahan beliau itu nanti merupakan satu persembahan yang biasa.

Jangan lupa untuk menonton Jom Chat dengan Aishah malam ini secara live di Facebook Utusan Online. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini