AirAsia hargai peranan, sokongan media - Utusan Malaysia

AirAsia hargai peranan, sokongan media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Berhad menghargai peranan pihak media dalam membantunya membuat liputan terhadap segala usaha selama ini sehingga memperoleh pelbagai anugerah dan pengiktirafan dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Riad Asmat berkata, segala kecemerlangan dikecapi syarikat penerbangan itu sehingga hari ini termasuk memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-11 di Skytrax tentunya sukar dicapai tanpa sokongan pihak media.

“Kami juga berharap rakan-rakan media akan terus memberi sokongan kepada kami dalam usaha kami untuk menjadi syarikat teknologi perjalanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mengucapkan terima kasih atas segala sokongan diberikan kepada kami selama ini,” katanya berucap pada majlis Kaamatan Raya AirAsia bersama pengamal media di Sabah di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Komunikasi Kerajaan AirAsia Bhd., Hamdan Mohamad.

Kira-kira 100 pengamal media di Sabah memeriahkan sambutan itu yang diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara AirAsia dan pihak media di negeri ini.

– BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini