AIA ubah landskap pencarian perancang hayat - Utusan Malaysia

AIA ubah landskap pencarian perancang hayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – AIA Bhd., (AIA) mengambil pendekatan kreatif dalam usaha merekrut agen insurans atau lebih dikenali sebagai Perancang Hayat AIA menerusi pelancaran kempen 700-Day Itch yang bermatlamat menarik minat individu berbakat yang inginkan perubahan kerjaya.

Ketua Pegawai Pengedaran Agensi AIA, Leong Chee Soong berkata, kempen baharu itu turut memberi tumpuan kepada individu dari golongan profesional yang mengalami perasaan ketidakpuasan dalam kerjaya mereka, seterusnya membuat keputusan untuk melakukan perubahan dengan menyertai bidang insurans dan takaful sebagai Perancang Hayat.

“‘700-Day Itch’ diterjemahkan sebagai satu situasi yang mana seseorang mengalami kegelisahan dalam tempoh 700 hari selepas memulakan pekerjaan di sesuatu tempat. Melalui kempen 700-Day Itch ini juga, kami ingin menjelaskan tentang budaya profesiona­lisme, potensi dan peningkatan kerjaya sebagai Perancang Hayat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lebih menarik, kempen ini turut dilengkapi dengan pe­sanan khidmat awam yang unik dengan menggambarkan AIA sebagai penawar bagi mengubati penyakit 700-Day Itch yang melanda negara ini,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Chee Soong menambah, kempen ini dilancarkan susulan kejayaan program perintis, Nurture Premier Agent (NPA) pada tahun 2018 bertujuan melahirkan agen sepenuh masa yang profesional, berkualiti tinggi dan berkarisma.

“Program perintis NPA telah berjaya menunjukkan keputusan dan hasil yang amat memberangsangkan, di mana Pe­rancang Hayat yang menyertai program tersebut menunjukkan tiga kali lebih produktiviti berbanding sebelum ini.

“Kami mengambil keputusan membawa NPA ke tahap lebih tinggi dan pada awal tahun ini AIA Elite Aca­demy diperkenalkan. Melalui transformasi ini, program eksklusif selama 18 bulan ini memberi pengkhususan kepada latihan yang fokus terhadap pengetahuan kewa­ngan dan pemasaran media sosial selain menyediakan latihan individu dan mentor kepada Perancang Hayat baharu,” ujarnya.

Menurutnya, AIA Elite Academy merupakan program pertama seumpamanya dalam industri yang menawarkan pelbagai sokongan lain termasuk skim pembiayaan bertujuan membantu Perancang Hayat memulakan kerjaya mereka dengan asas yang kukuh di AIA.

“Tenaga agensi AIA juga terdiri daripada ramai individu profesional termasuk jurutera, doktor, peguam mahupun guru yang bertukar kerjaya kepada Perancang Hayat. Kami tahu bukan mudah untuk seseorang membuat perubahan dalam kerjaya, namun di AIA, kami akan memastikan setiap Pe­rancang Hayat diberikan soko­ngan berterusan, mencapai kecemerlangan dan memperoleh ganjaran yang bermakna.

“Kami ingin mengubah landskap perekrutan melalui AIA Elite Academy, yang sekali gus mengukuhkan lagi komitmen syarikat dalam membangunkan generasi Perancang Hayat baharu yang profesional,” jelasnya.

Layari www.aia.com.my untuk informasi lanjut mengenai AIA Elite Academy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini