Agong,Permaisuri berkenan berangkat ke Hari Anggota Bomba Sedunia - Utusan Malaysia

Agong,Permaisuri berkenan berangkat ke Hari Anggota Bomba Sedunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019 di Dataran Merdeka hari ini.

Seri Paduka Baginda yang turut ditemani Raja Permaisuri Agong,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba pada majlis kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Ketibaan baginda berdua disambut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sambutan kali ini menarik perhatian lebih 5,000 pengunjung.

Majlis sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019 bertemakan ‘Bomba Tonggak Penyelamatan Negara’.

Antara acara menarik yang dijalankan ialah perbarisan kontinjen-kontinjen dan perarakan jentera-jentera bomba.

Secara keseluruhan, sebanyak 35 kontinjen dan 79 unit jentera membabitkan penglibatan lebih 1,551 peserta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini