Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-254 - Utusan Malaysia

Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-254

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-254 di Istana Negara di sini.

Keberangkatan Seri Paduka diiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mesyuarat yang bermula semalam itu dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut berangkat hadir Raja-raja Melayu kecuali Kelantan yang diwakili Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Pahang diwakili Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Mesyuarat turut disertai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini