Abdul Rashid tak tanding Presiden Kafa - Utusan Malaysia

Abdul Rashid tak tanding Presiden Kafa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kongres Luar Biasa (EGM) Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) esok 
menyaksikan ‘kejutan mengejutkan’ apabila Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menarik diri daripada perebutan jawatan No.1 badan induk esok.

Abdul Rashid berkata, penarikan diri itu dibuat selepas meneliti pelbagai perkara yang menjadi asas utama kepada menggerakan bola sepak Kelantan iaitu kewangan.

Menurutnya, bukan itu sahaja komitmen dan tumpuan pada urusan parti di peringkat bahagian (negeri) dan pusat turut menjadi faktor kepada penolakkan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya turut mempunyai tugas khas mengendalikan satu jawatankuasa penting berkaitan dengan reformasi pilihanraya yang memerlukan banyak masa dan tenaga.

“Jadi ruang untuk saya mengendalikan Kafa amat terhad lebih-lebih lagi dengan tanggungan hutang yang banyak,” katanya dalam satu kenyataan.

Penarikan diri Abdul Rashid itu bakal menyaksikan jawatan presiden akan direbut oleh dua calon iaitu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Pengerusi Parti Amanah Negera Kelantan) dan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz (ahli perniagaan).

Abdul Rashid memberitahu, kewangan merupakan perkara yang paling mustahak kerana ia bertindak sebagai ‘jantung’ pasukan dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim berikutnya.

Katanya, tanpa kantung kewangan yang kukuh, agak sukar untuk menggerakkan pasukan.

“Lagi pun saya difahamkan Kafa sedang berdepan dengan hutang lapuk pengurusan terdahulu, termasuklah semasa yang difahamkan mencecah belasan juta ringgit,” ujarnya.

Abdul Rashid berkata, setakat RM5 juta menggerakan pasukan beliau mampu untuk mendapatkan sumber itu.

Bagaimanapun katanya, beliau memerlukan masa untuk membersihkan segala hutang-piutang yang sedang membelenggu badan induk itu ketika ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini