9 kilang di Pasir Gudang ditutup sementara, 147 kompaun dan notis dikeluarkan - Utusan Malaysia

9 kilang di Pasir Gudang ditutup sementara, 147 kompaun dan notis dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 5 Julai – Sebanyak sembilan buah kilang di Pasir Gudang diberi perintah tahan operasi iaitu tutup sementara setakat 12 tengah malam tadi, susulan kes pencemaran udara di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, sebanyak 147 kompaun dan notis pelbagai kesalahan dikeluarkan.

“Ia membabitkan sebanyak 91 kompaun buangan berjadual dikeluarkan (bertambah 18 kompaun), efluen perindustrian (10 kompaun) dan 46 Notis Arahan (bertambah 35).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara keseluruhan, pemantauan berterusan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil tindakan penjejakan dan penyiasatan ke atas 182 premis bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Khuzzan berkata, sehingga tengah malam tadi juga, tiada pesakit baharu di masukkan ke hospital dan buat masa ini juga keadaan masih terkawal.

Tambahnya, seramai 31 pelajar yang mengalami simptom sesak nafas dan muntah daripada 11 buah sekolah dan daripada jumlah itu, seramai 21 orang dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan saringan dan hanya seorang dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk pemeriksaan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini