62 penghulu Cina dilantik bantu selia pembangunan kampung baharu Cina - Utusan Malaysia

62 penghulu Cina dilantik bantu selia pembangunan kampung baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Seramai 62 Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) yang berperanan sebagai penghulu telah dilantik bagi menguruskan hal ehwal berkaitan pembangunan dan kebajikan kampung baru Cina.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, meskipun jawatan PKP adalah lantikan politik namun mereka adalah penjawat awam secara ‘contract of service’ dan perlu patuh kepada pekeliling dan dasar kerajaan.

“Dalam bahasa mudahnya mereka ini dipanggil penghulu-penghulu Cina yang akan ditugaskan untuk setiap seorang menjaga tujuh hingga 10 kampung Cina dengan diberikan peruntukan untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga telah menggariskan untuk mereka melaksanakan program yang berfokuskan kepada membudayakan ekonomi komuniti yang melibatkan anak muda selain program penjagaan kebersihan dan kelestarian kawasan masing-masing,” katanya semasa berucap pada Perjumpaan Menteri Bersama PKP di sini hari ini.

Dalam sidang media kemudiannya, Zuraida berkata, kesemua mereka akan mengikuti kursus dua hari di pusat latihan kementerian itu di Bukit Tinggi, Pahang bagi diberi taklimat mengenai hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran.

Beliau berkata antara perkara yang ditetapkan kementerian dalam pelantikan PKP ialah mewajibkan sebanyak 30 peratus terdiri daripada wanita, punya kelayakan akademik serta boleh berbahasa Melayu.

Antara pelantikan teramai PKP ialah di negeri di Perak (14), Johor (10), Pahang (9) dan Kedah (6) orang. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini