BERLIN 14 Julai – Kira-kira 50 peratus penduduk Jerman berasa tidak selamat dan mempunyai keraguan tinggi terhadap orang Islam.
Lapor Portal RT, hal itu dibuktikan menerusi satu kajian yang dilaksanakan Yayasan Bertelsmann Jerman.
Kajian itu fokus tentang isu kepelbagaian agama.
Berita berkaitan:
Berdasarkan kajian tersebut, satu per tiga daripada responden melihat Islam sebagai sebuah agama yang ‘memperkaya’ lagi masyarakat Jerman.
Separuh daripadanya bagaimanapun melihat Islam sebagai satu ancaman.- AGENSI











