PASIR PUTEH 31 Julai – Kira-kira 40,000 orang mengunjungi Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kelantan (HPPNK) di Pantai Bisikan Bayu, dekat sini, hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Saripuddin Tuan Ismail berkata, HPPNK menjadi tapak informasi kepada pengunjung yang berminat untuk menceburi sektor pertanian. Beliau berkata, pengunjung pasti akan berpuas hati dengan khidmat lebih 40 agensi kerajaan negeri dan persekutuan…










