4 petarung negara sedia gegar One Championship - Utusan Malaysia

4 petarung negara sedia gegar One Championship

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Empat petarung Malaysia, Ev Ting, Saiful Merican, Mohammed Mahmoud dan Jihin Radzuan melaungkan kesediaan untuk berjuang dalam kejohanan One Championship: Masters Of Destiny di Axiata Arena, Bukit Jalil Jumaat depan.

Bagaimanapun pada kejohanan kali ini, Mohammed dan Saiful diberikan tugas yang berbeza, di mana kedua-dua mereka bakal menentang satu sama lain pada perlawanan Muay Thai bantamweight ONE Super Series.

Pemilik nama gelanggang Jordan Boy, Mohammed mengakui amat mengagumi rakan senegaranya, Saiful, namun ujarnya, dia akan mengetepikan soal perasaan pada perlawanan malam itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sangat menghormati Saiful kerana beliau lebih duhulu terbabit dalam sukan ini, sebelum saya mula berlatih Muay Thai lagi.

“Semoga petarung terbaik beroleh kemenangan. Bagaimanapun dalam acara malam itu nanti, pemenang yang sebenar adalah peminat,” katanya.

Sekali pun hanya akan ada satu pemenang, kedua-dua atlet itu sangat teruja untuk bertarung dalam gelanggang.

“Ia pasti bakal menyajikan pertarungan menarik memandangkan kami mempunyai gaya Muay Thai yang berbeza.

“Apa yang pasti, penonton nanti akan disajikan dengan persembahan penuh aksi sepanjang perlawanan tiga pusingan itu,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini