KUANTAN 21 Julai – Tiga beranak termasuk dua kanak-kanak rentung dalam kebakaran melibatkan empat buah rumah di Perkampungan Sungai Isap 2 di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, mangsa terdiri seorang wanita berusia dalam lingkungan 30 rahun dan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia dalam lingkungan 10 tahun dan tujuh tahun
Ketiga-tiga mangsa ditemukan terperangkap di dalam salah sebuah rumah berkenaan. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











