LATIHAN. Seramai 24 kakitangan Hospital Kluster Perak Utara yang diketuai oleh Hospital Taiping menyertai Latihan Pasukan Keselamatan Kebakaran (ERT) bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting, Perak baru-baru ini. Pengarah Hospital Taiping, Dr. Narimah Yusof berkata, latihan selama tiga hari itu bertujuan untuk menyeragamkan dan menyelaraskan aktiviti keselamatan kebakaran di semua fasiliti Hospital Kluster Perak Utara supaya lebih mantap dan efisien. Selain Hospital Taiping, turut serta dalam kursus itu ialah kakitangan Hospital Gerik, Kuala Kangsar, Parit Buntar, dan Selama yang dipimpin oleh pasukan BBP Taiping.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya