24 pengusaha bot dikompaun - Utusan Malaysia

24 pengusaha bot dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 pengusaha atau pengendali bot pelancong dan penambang dikompaun selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi khas Pasukan Polis Marin (PPM) di sekitar perairan Semporna, Sabah semalam.

Dalam operasi bermula kira-kira pukul 8 pagi itu, lebih 90 pengangkutan air diperiksa oleh PPM

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, operasi itu adalah untuk menguatkuasakan akta dan peraturan berkaitan aktiviti air terutama bot penambang dan pelancong supaya mematuhi syarat seperti yang termaktub dalam Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO), Akta Polis 1967 dan Kanun Keseksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, kepada pengusaha industri pelancongan turut dinasihati agar sentiasa mematuhi serta mengutamakan keselamatan terutama membabitkan operasi bot pelancong.

“Hasil pemeriksaan mendapati masih ada pengusaha atau pengendali bot pelancong dan bot penambang melakukan kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Selain itu, mereka juga dilihat melakukan kesalahan berulang seperti membawa penumpang melebihi had serta bot tiada kelengkapan seperti peralatan keselamatan termasuklah tiada jaket keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Pajeri, berikutan itu, lesen pengusaha bot pelancong terbabit akan ditahan dan dirujuk kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) untuk dikompaun.

“Keseluruhan kompaun bagi 24 bot itu berjumlah RM7,500 kerana kesalahan mengikut Seksyen 8 (2) Peraturan-Peraturan JPDS 2008,” Jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini