CELAYA – Pihak berkuasa Mexico berjaya menyelamatkan 24 pendatang dari Amerika Tengah termasuk sembilan kanak-kanak yang menjadi tebusan selama hampir tiga minggu di daerah Guanajuato. Menurut Setiausaha Keselamatan Negara, Juan Jose Gonzalez, pendatang tersebut telah ditahan selama 20 hari di bandar Celaya, kira-kira 210 kilometer dari bandar Mexico. Jelasnya, pendatang tersebut turut memberitahu kepada pegawai bahawa beberapa bayaran dibuat oleh ahli keluarga mereka kepada penculik pada waktu itu. Tambahnya, ketika ini, mangsa sedang menerima rawatan selepas berdepan dengan pengalaman pahit insiden tersebut. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya