228 graduan terima sijil dalam Konvokesyen PMJB ke-5 - Utusan Malaysia

228 graduan terima sijil dalam Konvokesyen PMJB ke-5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 21 Julai – Seramai 228 graduan Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB) menerima sijil diploma mereka dalam majlis Konvokesyen PMJB ke-5 di Hotel Phoenix, Forest City, di sini hari ini.

Pengarah PMJB, Azirin Abdul Aziz berkata, graduan berkenaan terdiri daripada pelajar sesi Disember 2017 dan sesi Jun 2018.

“Mereka yang menerima diploma hari ini terdiri daripada graduan Diploma Kewangan dan Perbankan Islam serta Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“PMJB merupakan institusi latihan yang mendokong agenda nasional dalam melahirkan modal insan yang dapat memenuhi permintaan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis tersebut di Dewan Ballroom, Hotel Phoenix, Forest City di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini