ISLAMABAD 28 Julai – Sebanyak 22 pelajar sebuah sekolah agama cedera apabila bas yang dinaiki mereka terbalik berhampiran kampung Kot di pinggir daerah Dargai, wilayah barat laut Pakistan, hari ini. AFP melaporkan, ketika kejadian pelajar-pelajar itu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri seminar keagamaan. Seorang pegawai perubatan, Dr. Inayat-ur-Rehman memberitahu, kesemua mangsa itu berusia di antara sembilan dan 16 tahun. Polis yang mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian itu dipercayai berpunca ekoran kecuaian pemandu bas terbabit. -AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya