Himpunan Turun Anwar: Peserta bawah sepanduk tulisan Cina

Himpunan Turun Anwar: Peserta bawah sepanduk tulisan Cina

PESERTA perhimpunan membawa sepanduk tulisan bahasa Cina di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ratusan peserta mula memenuhi pekarangan Masjid Negara bagi menyertai Himpunan Turun Anwar yang dianjurkan di ibu negara, hari ini.

Peserta himpunan dilihat berpakaian serba hitam sambil melaungkan slogan “Turun Anwar” sebagai tanda bantahan terhadap kerajaan.

Lebih mencuri perhatian, beberapa sepanduk tertera tulisan ‘Turun Anwar’ dalam bahasa Cina turut diangkat oleh peserta sebagai simbol solidariti pelbagai kaum.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, peserta yang menyertai himpunan ini datang dari pelbagai negeri termasuk Selangor, Perak, Pulau Pinang serta sekitar ibu kota.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa laluan utama menuju ke Dataran Merdeka telah mula ditutup kepada kenderaan, sekali gus memberi petanda awal pergerakan besar-besaran.

Himpunan yang dijadual bermula pada pukul 2 petang itu menyaksikan peserta berkumpul di beberapa lokasi utama antaranya Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Kompleks SOGO sebelum bergerak secara berperingkat menuju ke Dataran Merdeka.

Menurut penganjur, himpunan ini dijangka menjadi antara yang terbesar setakat ini sebagai manifestasi jelas penolakan terhadap kepimpinan kerajaan sedia ada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN