21 wanita termasuk seorang mak nyah ditahan - Utusan Malaysia

21 wanita termasuk seorang mak nyah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 21 wanita termasuk seorang mak nyah yang disyaki menawarkan perkhidmatan seks ditahan dalam satu serbuan di sekitar Wisma Indah, Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 8.30 malam itu telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman.

Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd. Hedzir Hussin berkata, serbuan dilakukan di dua premis berasingan yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Premis berkenaan menyasarkan pelanggan warga asing dan tempatan dengan bayaran sekitar RM50 hingga RM90 bagi setiap langganan.

“Sindiket berkenaan turut menjadikan premis lima tingkat berkenaan sebagai premis pelacuran termasuk mengupah beberapa individu untuk mengawasi kawasan terbabit,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online selepas selesai operasi berkenaan di sini hari ini.

Tambahnya, operasi terbabit berjaya menahan seramai 21 wanita termasuk seorang mak nyah dan lima lelaki.

“Kesemua wanita yang ditahan terdiri daripada warga China (12), Vietnam(4), Indonesia (3) dan seorang wanita tempatan berusia dalam lingkungan 24 hingga 50 tahun.

“Kita turut menahan lima lelaki terdiri daripada warga Bangladesh (2), tempatan (2) dan Indonesia yang bekerja sebagai penjaga di kedua-dua premis berkenaan,” katanya.

Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 372 (1)(f) kanun yang sama, 39b Peraturan Imigresen, Sekyen 6 (1)(c) Akta Imigresen, dan Seksyen 15(1) akta yang sama. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini