2 penunggang motosikal maut bertembung - Utusan Malaysia

2 penunggang motosikal maut bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING 21 Julai – Dua orang penunggang motosikal maut setelah masing-masing bertembung sesama sendiri dalam kemalangan di Kampung Kuala Temakah Jalan Kuala Ketil-Merbau Pulas di sini tengah malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Abd Fatah Abd Rahman berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam dan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Mangsa ialah Mohd. Khairul Idham Ilias, 31, dari Kampung Merbau Pulas Daerah Kulim dan A. Justin, 32, dari Taman Desa Bidara, Kuala Ketil daerah Baling.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mohd Khairul Idham adalah seorang peniaga kedai jualan pakaian terpakai manakala Justin pula adalah pemandu lori,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata beliau, semasa kemalangan berlaku, Mohd. Khairul Idham dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil menghala ke Merbau Pulas manakala Justin pula dari arah bertentangan.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini