2 lelaki ditahan dipercayai menipu RM2.5 juta - Utusan Malaysia

2 lelaki ditahan dipercayai menipu RM2.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lelaki selepas dipercayai memperdaya sebuah syarikat pembekal peralatan pembinaan sehingga mengakibatkan kerugian lebih RM2.5 juta.

KETUA Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof – foto Zaini Husin

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dua lelaki yang terdiri daripada ahli perniagaan dan juga akauntan berusia 33 tahun itu masing-masing ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang serta Selayang, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita terima laporan polis dibuat mangsa yang merupakan seorang daripada pengarah di syarikat berkenaan pada 26 April lalu berhubung penipuan penjualan saham syarikat berjumlah RM2.5 juta.

“Mangsa berusia 34 tahun itu mendakwa wang hasil jualan saham tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun syarikat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Samsor, mangsa juga mengadu terdapat beberapa dokumen yang mana mangsa menafikan tandatangan pada dokumen tersebut telah digunakan oleh suspek untuk mengeluarkan wang daripada peguam tanpa pengetahuannya.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat untuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini