160 penuntut UPM, universiti Indonesia diberi pendedahan perhutanan - Utusan Malaysia

160 penuntut UPM, universiti Indonesia diberi pendedahan perhutanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 160 penuntut baharu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan dari beberapa universiti Indonesia menerima pendedahan teori dan kemahiran asas perhutanan dalam Kem Perhutanan 2019 di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong dekat sini sejak 30 Jun lalu.

Antara modul pembelajaran yang diberi penekanan melalui kem tersebut adalah kepentingan ekosistem dan hutan serta pendedahan mengenai penghasilan produk hijau yang berkualiti.

“Program bertemakan ‘Combating Climate Change Through Young Foresters’ itu juga mendidik pelajar tentang peranan komuniti bagi menjamin kesejahteraan masyarakat,” menurut kenyataan UPM di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini