151 penagih dadah dicekup dalam Ops Sarang seluruh Selangor - Utusan Malaysia

151 penagih dadah dicekup dalam Ops Sarang seluruh Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seramai 151 penagih dadah ditahan di 14 buah daerah di sekitar Selangor menerusi operasi bersepadu Ops Sarang semalam.

Kesemua serbuan bermula seawal pukul 6 pagi itu melibatkan daerah seperti Kuala Langat, Kajang, Subang Jaya, Klang Selatan, Klang Utara, Sepang, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Ampang, Shah Alam, Sungai Buloh, Petaling Jaya dan Sabak Bernam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner R. Sundralingam berkata, operasi melibatkan 167 anggota termasuk pegawai itu memeriksa 152 individu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, operasi tertumpu di sekitar kawasan kebun kelapa sawit, kawasan semak di tepi landasan keretapi.

“Semasa operasi dilakukan didapati terdapat penagih cuba melarikan diri namun berjaya diberkas pihak kami.

“Hasilnya, seramai 151 individu ditahan dengan dua daripadanya wanita berusia berusia 23 hingga 55 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, terdapat suspek yang ditahan merupakan pengedar dadah dan orang yang dikehendaki polis sebelum ini.

Sundralingam menambah, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah seperti syabu seberat 16.59 gram (g), heroin (177.85 g), ganja (43.04 g), air ketum (12.9 g), daun ketum (800 g) dan pil eramin 5 (800 g).

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM30,000 dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1985,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini