15 PATI ditahan sekitar Kota Kinabalu - Utusan Malaysia

15 PATI ditahan sekitar Kota Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 8 Julai – Lima belas pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan daripada 41 individu diperiksa dalam operasi yang dijalankan selama lima jam bermula 11 malam pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata operasi itu dijalankan di lima lokasi termasuk di kawasan bandaraya Kota Kinabalu, Manggatal, Likas dan Luyang.

“Semua yang ditahan berumur antara 14 hingga 47 tahun dan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi PATI yang didapati positif dadah,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Habibi berkata operasi itu turut dibantu Pasukan Gerakan Am, Jabatan Pendaftaran Negara, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah Electricity Sdn Bhd, Rela dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau berkata operasi itu akan dijalankan secara berterusan dan orang ramai dialu-alukan menyalurkan maklumat kepada polis. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini