12 terbunuh dalam serangan Taliban - Utusan Malaysia

12 terbunuh dalam serangan Taliban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANDAHAR 18 Julai – Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh manakala 89 lagi cedera selepas kumpulan Taliban menyerang ibu pejabat polis di bandar ini, hari ini.

Jurucakap Taliban, Qari Yousuf Ahmadi berkata, serangan itu bermula dengan letupan kereta sebelum sekumpulan lelaki bersenjata menyerang ibu pejabat polis.

Sementara itu, menurut ketua polis, Tadin Khan, letupan kereta itu disusuli dengan dua lagi letupan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertempuran telah berakhir. Beberapa kenderaan hangus terbakar. Tentera Afghanistan dan helikopter Amerika Syarikat (AS) meronda kawasan terbabit,” kata Tadin kepada AFP. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini