1,000 usahawan meriahkan Warna Warni Aidilfitri - Utusan Malaysia

1,000 usahawan meriahkan Warna Warni Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 5 Julai – Komuniti Warna Warni Aidilfitri anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan (DPMMNK) yang diadakan hari ini berjaya merapatkan hubungan silaturahim dan perpaduan para usahawan di negeri ini.

Majlis tersebut berlangsung dalam suasana meriah dan penuh muhibbah di Sam Sweet Garden, di sini dengan kehadiran lebih 1,000 usahawan.

Yang Dipertua DPMMNK, Mohd. Ali Amin Ab. Latif berkata, selain merapatkan hubungan DPMMNK dengan usahawan, majlis itu juga menjadi tempat pertemuan sesama mereka bagi berbincang dan berkongsi sebarang idea.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sesetengah pihak melihat DPMMNK ini adalah tempat untuk usahawan yang sudah berjaya. Kita mahu ubah pandangan itu.

“Melalui majlis ini kita mahu para usahawan menjadi lebih terbuka dan memahami peranan sebenar DPMMNK dalam membantu mereka berjaya dalam perniagaan masing-masing,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Mohd. Ali Amin berkata, kelainan pada majlis kali ini ialah pendekatan berkongsi juadah jamuan atau potluck melibatkan 15 usahawan.

“Menu utama untuk majlis disediakan oleh pihak DPMMNK sendiri manakala untuk hidangan sampingan pula diuruskan oleh 15 usahawan yang dilaksanakan secara ‘potluck’

“Ini adalah kali pertama kita menganjurkan konsep sebegini dan kita akan dijadikan sebagai acara tahunan,” katanya

Beliau memberitahu, setakat ini DPMMNK mempunyai seramai 2,900 ahli yang berdaftar di seluruh negeri.

“Itu adalah jumlah ahli yang berdaftar secara langsung dengan DPMMNK tidak termasuk dengan mereka yang berdaftar di bawah persatuan.

“Setakat ini, sebanyak 40 persatuan yang berdaftar di bawah DPMMNK termasuk Persatuan Penjaja dan Persatuan Food Truck,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini