1,000 peserta dijangka sertai jelajah pancing DBKL - Utusan Malaysia

1,000 peserta dijangka sertai jelajah pancing DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Kira-kira 1,000 kaki pancing dijangka menyertai Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) 2019 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Tasik Ampang Hilir, di sini, Ahad ini.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Mohd. Nazam Harun berkata, pertandingan memancing dengan tawaran hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000 itu merupakan acara yang sentiasa dinantikan oleh peserta.

“Juara pertandingan akan membawa pulang sebanyak RM6,000 diikuti RM2,000 untuk naib juara dan ketiga RM1,000 manakala pemenang keempat hingga ke-10 akan menerima RM200 dan ke-11 hingga 80 menerima RM100 setiap seorang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi tempat ke 81 hingga ke 100 pula menerima RM50 setiap seorang. Selain itu, DBKL turut menyediakan hadiah khas untuk pemenang ikan keli yang mana juara bakal menerima RM300, kedua RM200, ketiga hingga ke 7 (RM100) dan tempat ke lapan hingga ke 10 (RM50),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas acara pelepasan lebih satu tan ikan pelbagai spesies antaranya patin bersaiz antara empat hingga lima kilogram seekor di tasik itu, semalam.

Menurut beliau, yuran sebanyak RM40 dikenakan untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan pada Sabtu ini, bermula dari pukul 1 tengah hari hingga 9 malam dan 6.30 pagi hingga 10 pagi, keesokannya.

“Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman facebook JORANKL atau menghubungi urus setia di talian 013-266 7011 dan 012-284 6811,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini