10 pemain Malaysia berguru bersama Bayern Munich - Utusan Malaysia

10 pemain Malaysia berguru bersama Bayern Munich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seramai 10 pemain muda Malaysia berpeluang mengikuti latihan bersama pasukan remaja Bayern Munich selepas berjaya memikat hati jurulatih dalam saingan Kem Bola Sepak Junior Allianz (AJFC) 2019.

Kesemua pemain itu berada dalam program kendalian bekas pemain antarabangsa dan jurulatih skuad Selangor bawah 21 tahun, K. Gunalan dipilih menyertai Kem Explorer Allianz (AEC) Asia di Singapura pada 23 hingga 26 Julai ini.

Selain Malaysia, pemain dari Indonesia, Sri Lanka, Singapura, Filipina, China, Laos dan Taiwan akan turut menyertai Kem AEC Asia bagi memburu slot berlatih dengan kelab utama Jerman itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir berkata, dua daripada pemain Malaysia yang berjaya menampilkan skil terbaik pada kem di Singapura berpeluang mendapatkan latihan yang dikendalikan jurulatih remaja Bayern Munich, Saebener Strasse.

Seramai 1,602 pemain berusia antara 14 hingga 16 tahun telah menyertai Liga AJFC Malaysia tahun ini yang bermula Mac lalu mengikut enam zon iaitu Zon Tengah, Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Dalam perlawanan akhir inal Liga AJFC Malaysia 2019 di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Subang Jaya hari ini, pasukan Zon Pantai Timur menewaskan Zon Utara 2-1.

Kedua-dua gol Zon Pantai Timur dijaringkan oleh Adam Alif Mustafa seawal minit pertama dan ke-18 manakala gol Zon Utara dijaringkan oleh Muhammad Ismat Imran Zainal pada minit ke-35. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini