1.4 juta suri rumah dicarum di bawah Perkeso - Utusan Malaysia

1.4 juta suri rumah dicarum di bawah Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Kerajaan bercadang mencarum 1.4 juta suri rumah di seluruh negara di bawah skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, ini merupakan satu daripada langkah kerajaan memperluaskan peranan Perkeso termasuk menetapkan hala tuju baharu.

“Kita bercadang setiap suri rumah juga mendapat perlindungan Perkeso. Ini dalam proses menyediakan undang-undang tertentu untuk memberi manfaat kepada mereka iaitu sebanyak 1.4 juta orang,” katanya sewaktu sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) yang bertanyakan mengenai perancangan Perkeso terhadap pencarum-pencarum termasuk hala tuju baharu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini