KUALA LUMPUR – Aksi tidak konsisten terus menjadi masalah terbesar buat pemain muda negara apabila Lee Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersingkir seawal pusingan pertama dalam kejohanan badminton Terbuka Australia, hari ini. Perseorangan lelaki No. 1 negara, Zii Jia tumpas 15-21, 21-16, 12-21 kepada pilihan keenam dari India, Sameer Verma. Kekalahan ini gagal mengulangi aksi cemerlang Zii Jia yang menumpaskan Sameer 21-13, 21-15 dalam pertemuan pertama mereka…










