Yusri gesa pemain kekal fokus - Utusan Malaysia

Yusri gesa pemain kekal fokus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Ketua jurulatih Kelantan Yusri Che Lah mahu pemainnya kekal memberikan tumpuan pada baki perlawanan Liga Perdana walaupun pasukan itu semalam dikejutkan dengan pengumuman peletakan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan.

Yusri berkata beliau dan pemain hanya mengetahui perkara tersebut melalui media sosial dan tidak mahu anak buahnya hilang tumpuan pada baki perlawanan selepas ini untuk memperoleh mata bagi menyelamatkan pasukan daripada disingkirkan ke bawah liga.

“Saya tidak mempunyai maklumat secara langsung berhubung perkara ini, jadi saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan lanjut dan tugas saya serta pemain adalah berusaha sedaya mampu untuk memperoleh mata kemenangan pada perlawanan seterusnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak adil untuk saya mengulas perkara itu (peletakan jawatan),” katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) ll di Stadium Sultan Muhammad lV, semalam.

Semalam, Bibi Ramjani membuat pengumuman meletakkan jawatan sebagai presiden persatuan terbabit menerusi Facebook miliknya.

Mengulas perlawanan itu, Yusri berkata kemampuan pasukannya mencuri mata bertemu dengan JDT ll sesuatu keputusan yang boleh dibanggakan dalam keadaan pasukannya itu yang serba kekurangan.

“Kami hanya mempunyai seorang pemain import itu pun bukan 100 peratus cergas berbanding dengan pasukan JDT ll yang dibarisi oleh pemain import yang berkualiti dan pemain tempatan yang berpengalaman.

“Walaupun tertekan, namun alhamdulillah kami memperoleh mata dalam keadaan kritikal selepas lapan perlawanan terakhir sebelum ini pasukan masih belum mendapat kemenangan,” katanya.

Katanya sebagai jurulatih, beliau amat memerlukan pemain berpengalaman memperkuatkan pasukannya memandangkan pasukan terbabit musim ini rata-rata dibarisi oleh pemain muda.

“Kami kekurangan pemain berpengalaman dalam pasukan saya, kami memerlukan pemain berpengalaman yang dapat mengimbangi pemain muda sedia ada,” katanya.

Pada perlawanan itu, Kelantan berjaya mengikat pasukan pelawat dengan jaringan 1-1 walaupun dikejutkan dengan jaringan awal pasukan JDT ll pada minit kelima perlawanan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh pemain import Muhamad Ghaddar.

Kelantan menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohamad Azawan Mohd Aripin pada minit ke-55 perlawanan. – BERNAMA

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini