Yamaha 135 LC tampil lebih garang, ranggi - Utusan Malaysia

Yamaha 135 LC tampil lebih garang, ranggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jun – Model paling laris Yamaha, 135 LC keluaran tahun ini didatangkan dengan beberapa ciri baharu yang menjadikan motosikal tersebut nampak lebih menarik dan ranggi.

Antara perubahan-perubahan kecil itu adalah pelindung hon, pencedok udara kiri dan kanan, kowl bawah serta reka bentuk meter laju.

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan memaklumkan, model 135 LC terbaharu masih mengekalkan enjin bersesaran 135 cc klac automatik, penyejukan cecair dan empat lejang SOHC.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ada tiga warna baharu lebih menyerlah dan ‘garang’ iaitu Fiery Red (merah), Storm Blue (biru) dan Comet Grey (kelabu) untuk pilihan pembeli.

Harga ditawarkan RM6,868 tidak termasuk insurans dan pendaftaran selain pengunci cakera bagi setiap pembelian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini