White sedia realisasi pertembungan Bieber-Cruise - Utusan Malaysia

White sedia realisasi pertembungan Bieber-Cruise

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS – Presiden Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White mendakwa dia sudah memulakan langkah bagi merealisasikan pertarungan di antara Justin Bieber dan Tom Cruise.

Baru-baru ini, bintang pop, Bieber yang berusia 25 tahun menghubungi Cruise serta White dalam satu hantaran di media sosial dengan mencabar aktor itu untuk bertarung di dalam oktagon.

“Saya mahu mencabar Cruise di dalam oktagon. Tom jika awak tidak menyahut cabaran ini, awak akan menyesal. Siapa yang berani menyahut cabaran ini?” kata Bieber.

Memuatkan artikel berkaitan…

Cabaran itu kemudiannya disahut Conor McGregor yang mahu bertindak sebagai promoter perlawanan tetapi White kemudiannya menegaskan bahawa dia adalah individu yang bertanggungjawab untuk merealisasikan perlawanan itu.

“Saya mahu menceritakan sesuatu yang menarik, ramai orang berminat untuk berlawan di dalam UFC.

“Sama ada bintang NFL, selebriti, pelakon dan sebagainya. Sebelum ini saya tidak begitu beri tumpuan kepada perkara seperti ini.

“Saya terima panggilan daripada beberapa individu yang mahu perlawanan ini berlangsung dan mereka percaya Tom Cruise sudah bersetuju.

“Jika semua bersetuju, kita boleh berbincang langkah selanjutnya,” katanya kepada TMZ.

White adalah individu yang bertanggungjawab merealisasikan pertembungan epik di antara Conor McGregor dan Floyd Mayweather di dalam gelanggang tinju dan sama sekali tidak menolak pertembungan di antara Bieber dan Cruise boleh dilaksanakan.

Dia menegaskan bahawa tugasan mempromosikan pertembungan MMA melibatkan dua nama besar dalam industri hiburan adalah ‘perkara paling mudah’ dalam kariernya.

“Saya akan menjadi orang paling bodoh untuk tidak menjayakan perlawanan ini. Ini adalah promoso paling senang dalam karier saya,” kata White.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini