Warga PDRM perlu dukung IPCMC - Utusan Malaysia

Warga PDRM perlu dukung IPCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur – Tiga fokus utama termasuk mendukung pelaksanaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) adalah perkara yang perlu diberi penekanan oleh anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara itu diberitahu Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam sesi taklimat hala tuju dan amanat kepada anggota dan pegawai yang dimuat naik akaun Facebook Polis Diraja Malaysia.

Selain sokongan pada IPCMC, Abdul Hamid turut memberi penekanan terhadap integriti dan akauntabiliti serta mempertingkatkan tahap sistem penyampaian perkhidmatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Abdul Hamid berucap ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Pengurusan di Menara 2, Bukit Aman bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini