Warga emas perlu kaki palsu baharu - Utusan Malaysia

Warga emas perlu kaki palsu baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Kemeriahan Syawal dirasakan suram oleh seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) di Kampung Sungai Rabit dekat sini kerana kaki palsunya sudah tidak selamat digunakan.

Disebabkan kaki palsu mengalami kerosakan, Zulkufli Abd. Rahman, 76, turut menghadapi kesukaran bergerak kerana mengalami kesakitan di betis kanan yang kudung sejak 17 tahun lalu.

Menurut Zulkufli, kos membuat kaki palsu baharu pula memerlukan belanja berbelas ribu ringgit dan ia perlu ditempah khas mengikut saiz serta spesifikasi keperluannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain menerima bantuan sara hidup RM350 sebulan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga pernah memberi bantuan kaki palsu baharu kepada Zulkufli, namun tidak sesuai untuk digunakan.

“Disebabkan saiz kaki palsu yang diberi JKM pada tiga tahun lalu itu tidak sesuai, saya teruskan guna kaki palsu yang sama sejak 15 tahun lalu tanpa bertukar ganti.

“Sekarang kaki palsu ini pun sudah rosak dan perlu diganti baharu untuk saya berjalan dengan lebih selamat. Tapi, saya tak mampu kerana cukup mahal,” kata Zulkufli.

Kaki kanan Zulkufli terpaksa dipotong di bahagian betis disebabkan jangkitan kuman selepas terpijak kayu tajam ketika bekerja sebagai tukang cat rumah.

Warga emas yang turut menerima bantuan zakat tersebut kini dijaga dua cucu saudaranya, Nur Syurah Mohd. Nor Azlan, 21, dan Nur Syuhada, 24, yang merupakan dua beradik yatim piatu.

Orang ramai boleh menghubungi Nur Syurah di talian 013-8706 787 atau menderma secara terus ke akaun Maybank 156057370358 yang didaftar di bawah nama Zulkufli Abd. Rahman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini