Warga emas maut nahas di Kampung Menerong - Utusan Malaysia

Warga emas maut nahas di Kampung Menerong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU – Seorang warga emas maut setelah kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah lagi kereta dalam kemalangan di Kilometer 52 Jalan Terengganu-Mengkawang di Kampung Menerong dekat sini hari ini.

Mangsa, Ab. Rahman Mohd. Adam, 74, dari Felda Mengkawang, Ajil dekat sini yang bekerja sendiri meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, manakala dua lagi mangsa yang menaiki kereta lain cedera.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau memberitahu, kejadian berlaku pukul 11.45 pagi sewaktu kereta jenis Perodua Viva dipandu Ab. Rahman dari arah Felda Mengkawang menghala ke Ajil manakala kereta jenis Perodua Kenari dari arah bertentangan.

Jelasnya, setiba di tempat kejadian, kereta Perodua Kenari dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke laluan sebelah sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu A. Rahman.

“Akibat pertembungan itu mangsa (Ab. Rahman) mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

“Manakala dua mangsa yang cedera berusia 25 dan 17 tahun yang menaiki kereta Perodua Kenari dibawa ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut,” katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini