Warga emas dikhuatiri hilang - Utusan Malaysia

Warga emas dikhuatiri hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH – Seorang warga emas berusia 73 tahun dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Kampung Rembang Panas, Juasseh dekat sini sejak semalam.

hilang
 

Menurut anaknya, Suhaime Abd. Hamid, kehilangan Abdul Hamid Minhaj dimaklumkan kepadanya oleh ibunya, Normah Talib kira-kira pukul 1 petang semalam.

Kali terakhir, katanya, ayahnya dilihat di pekan Juasseh dengan memakai baju kemeja lengan pendek berwarna maroon dan berseluar hitam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau saya di talian 019-7976201,” katanya yang merupakan anggota bomba. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini