JELEBU – Polis malam ini telah mengenal pasti dua mangsa kemalangan sebuah peluncur udara bermotor atau paramotor yang terhempas dekat Purun, Kuala Klawang di sini hari ini. Mereka ialah seorang warga negara Amerika Syarikat (AS), Les Zsort Wrosmarty, 60, dan seorang lelaki tempatan, Siow Moon Yoew, 56. Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki AS itu cedera terbakar dan melecur di bahagian kepala, tangan kanan dan kedua…










