TERSEMAT satu persamaan manis terlingkar di sepanjang kelana nyanyian milik dua penyanyi muda Wany Hasrita dan Ismail Izzani. Selain berjaya mengukuhkan nama sebagai pelantun suara dalam masa yang agak singkat, kedua-dua penghibur pentas itu juga turut mempunyai ‘tulang belakang’ yang sangat ampuh membantu melestarikan kerjaya seni masing-masing. Tulang belakang yang dimaksudkan adalah kehadiran dua ‘malaikat dunia’ yang bergelar ibu. Baik Wany mahupun Ismail, kedua-duanya menerima sokongan yang tidak berbelah bahagi…










