JERANTUT – Pergerakan Wanita UMNO perlu manfaatkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pas dalam usaha membentuk penyatuan ummah dan kembali merampas Putrajaya daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH). Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abd. Rahim berkata, kerjasama antara BN dan Pas sudah menunjukkan petanda positif. “Kita perlu gunakan peluang ini untuk bangkit semula setelah peralihan kuasa bertukar kepada PH selepas Pilihan Raya Umum Ke-14,” katanya ketika berucap merasmikan…










