Wanita ditemukan mati dalam keadaan rentung - Utusan Malaysia

Wanita ditemukan mati dalam keadaan rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UTAH – Seorang wanita yang hilang sejak awal bulan ini ditemukan mati dalam keadaan rentung di sini, baru-baru ini.

Lapor portal Mirror, mayat Mackenzie Lueck, 23, seorang penuntut bidang kejururawatan dijumpai tertanam di belakang rumah suspek pembunuhannya, Ayoola Ajayi, 31 pada Jumaat lalu.

Polis menahan Ajayi selepas keputusan ujian Asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan mayat tersebut sebagai Lueck.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ajayi, yang merupakan bekas kakitangan tentera didakwa membunuh dan membakar mayat mangsa.

Lueck dilaporkan hilang sejak 17 Jun lalu kali terakhir dikesan berada di Lapangan Terbang Salt Lake City sebelum menaiki teksi untuk bertemu suspek sekitar pukul dua petang waktu tempatan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini