OTTAWA – Seorang wanita cemas apabila menyedari dirinya ditinggalkan keseorangan dalam sebuah pesawat selepas terbangun dari tidur.
Tiffani Adams memberitahu dia mengalami serangan panik selepas ditinggalkan di dalam pesawat penerbangan Air Canada itu dalam keadaan gelap.
Beliau sebelum itu tertidur ketika dalam perjalanan dari Quebec ke Toronto.
Berita berkaitan:
“Saya tertidur sepanjang penerbangan dan terbangun dalam gelap dan masih memakai tali pinggang keselamatan,” tulisnya di Facebook.
Adams memberitahu ketika kejadian beliau tidak dapat membuat sebarang panggilan kecemasan kerana ketiadaan sumber tenaga pada telefon bimbitnya.
“Saya cuba memberi isyarat kepada pemandu kenderaan membawa bagasi. Lelaki itu terkejut dan tertanya-tanya bagaimana saya boleh ditinggalkan dalam kapal terbang tersebut,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Air Canada mengesahkan ada menghubungi wanita malang itu untuk mendapatkan pengesahan tentang kejadian berkenaan.- AGENSI











